SEORANG wanita mendakwa dirogol oleh pemandu teksi ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang pada malam Isnin.
Menurut polis, mangsa merupakan warga Jerman berusia 25 tahun yang sedang bercuti di negara India.
Sebelum kejadian, wanita itu berkunjung ke beberapa lokasi di sekitar bandar Hyderabad bersama rakannya dan beberapa individu lain.
Setelah menghantar penumpang lain, pemandu tersebut meneruskan perjalanan untuk menghantar mangsa ke lapangan terbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas rogol budak 3 tahun lepas umpan gula-gula… Doktor sahkan ada kecederaan pada alat sulit
Namun, ketika tiba di Mamidipally, suspek berhenti di kawasan terpencil sebelum didakwa merogol wanita itu dan melarikan diri.
Mangsa berjaya menghubungi polis dan segera membuat laporan di Balai Polis Pahadishareef.
Polis kini sedang menjejaki suspek.
Mangsa pula dihantar untuk pemeriksaan perubatan, dan sekumpulan pegawai polis wanita turut mengiringinya. - Agensi.