LEBIH sebulan selepas mayat seorang wanita berstatus janda ditemukan dalam keadaan separuh tertimbus di ladang sawit, polis akhirnya berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan berkenaan.
Unit Siasatan Jenayah Polis Labuhanbatu Selatan, Sumatera Utara, Indonesia menahan suspek yang dikenali sebagai Zefri Solehudin pada Selasa lalu di Asahan.
Menurut polis, suspek yang berusia 38 tahun itu dipercayai teman lelaki mangsa.
Terdahulu, mayat seorang wanita dikenal pasti sebagai Nurolom Ritonga, 52, ditemukan dalam keadaan separuh tertimbus di ladang kelapa sawit di Desa Rintis, Labuhanbatu Selatan pada 10 Februari lalu.
Mayat mangsa yang hampir reput ditemui seorang pekerja ladang selepas terhidu bau busuk.
Ketua Polis Daerah Labuhanbatu Selatan, AKBP Aditya Sembiring berkata, suspek membunuh mangsa kerana cemburu selepas mendapat tahu wanita itu bakal dijodohkan dengan lelaki lain.
Suspek membawa mangsa yang sudah tidak bernyawa ke dalam kelapa sawit, menggali tanah menggunakan tangannya dan menanam mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna.
Suspek dilaporkan turut mengambil barang milik mangsa sebelum melarikan diri. -Agensi