suria

Pakaian rosak ketika ‘dry cleaning’, syarikat dobi diarah bayar pampasan kepada pelanggan

Tindakan yang tegas dapat memastikan hak pengguna dihormati dan mendapat ganti rugi yang sepatutnya. -Gambar hiasan

SEBUAH rangkaian dobi terkemuka diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak Rs 24,800 (kira-kira RM1,286.70) kepada seorang wanita selepas sarinya rosak semasa perkhidmatan cucian kering.

Perintah dikeluarkan Suruhanjaya Pengguna Mumbai terhadap Tumbledry Solutions Private Limited, ketika pihak syarikat berkenaan gagal hadir ketika tribunal berlangsung.

Sanchita Sontakke, seorang penduduk Ghatkopar East, mengemukakan tuntutan melalui peguamnya selepas beberapa cubaan untuk menyelesaikan isu tersebut melalui platform sembang, e-mel dan aduan gagal diselesaikan. 

Berdasarkan bukti yang dikemukakan, tribunal mendapati terdapat kecuaian dalam perkhidmatan syarikat tersebut.

Sebagai pampasan, Suruhanjaya memerintahkan Tumbledry Solutions untuk membayar pampasan bagi nilai sari yang rosak, tekanan psikologi dan kos litigasi yang keseluruhannya berjumlah Rs 24,800.

Pembayaran pampasan mesti dilakukan dalam tempoh 45 hari, dan jika gagal, faedah dua peratus setahun akan dikenakan. -Agensi

 

Artikel Lain