SEORANG wanita terkejut selepas mendapati bekas teman lelakinya yang sudah putus hubungan sejak lebih 10 tahun lalu rupanya tinggal di loteng rumahnya.
Dia hanya menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi hentakan dari loteng rumahnya, selain melihat paku jatuh dari dari siling bilik tidurnya.
Pada mulanya, wanita berkenaan menyangka ia merupakan kejadian mistik, tetapi dia lebih terkejut dengan penemuan sebenar.
Kejadian pelik itu bukanlah hantu, tetapi bekas kekasihnya yang menghabiskan dua minggu tinggal di loteng rumahnya selepas dibebaskan dari penjara.
Kejadian tersebut berlaku di kediaman wanita bernama Tracy di Rock Hill, South Carolina di Amerika Syarikat.
WCNC melaporkan, pasangan itu telah berpisah 12 tahun lalu.
Tracy berhubung dengan bekas teman lelakinya yang ketika itu berada di penjara, tetapi dia tidak pernah mempertimbangkan untuk kembali bersama.
Lelaki itu bagaimanapun melarikan sebelum polis tiba ke rumahnya.
Local 8 pula melaporkan penemuan cawan besar yang digunakan untuk membuang air, dengan beberapa daripadanya dipenuhi dengan najis dan air kencing.
Malah, bekas kekasihnya juga mengubahsuai saluran udara di siling supaya dapat melihat bekas pasangannya dari loteng.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan sebab lelaki itu tinggal di rumahnya selepas keluar dari penjara. -Agensi