Lihat saja gambar-gambar manja Adira, pasti ramai yang cemburu dengan kecantikan wajah penyanyi yang putih gebu itu bukan? Bukan itu saja, stail yang digayakan juga cukup membuatkan penggemar-penggemar fesyen khususnya golongan remaja mahu meniru imejnya. Tetapi, apa salahnya untuk tiru jika ia bersesuaian dengan diri kita bukan? Kata Adira, dia seronok berkongsi maklumat mengenai pilihan fesyen yang dikenakannya setiap hari menerusi laman-laman sosial seperti di Instagram terutamanya. Bertemu dengan penyanyi kelahiran Sabah itu di sidang media Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafiz, di restoran Serai, Life Centre pada 3 Mac lalu, Adira berkata 'mood' yang dirasakan pada ketika itu adalah santai. Kasut but yang digayakan buatkan Adira tampak penuh stail! Maka imej yang dibawakan ke sidang media itu juga berkonsep sederhana. Yang penting, kasut but yang dibeli dari Top Shop itu menarik perhatian ramai ok! Baju kimono biru dipakai yang penuh stail itu pula rupanya dah berbulan-bulan Adira beli, baru sekarang dia pakai. "Sebenarnya sudah lama saya beli kimono ini. Apabila terjumpa di almari, terus saya mahu memakainya. "Inilah masalah sebenarnya, saya ini seorang yang suka beli baju sebanyak mungkin dan kemudian simpan di dalam almari. Bila cari semula untuk dipakai, tak jumpa. Dah lama selepas itu, baru jumpa," selorohnya. Tambah Adira lagi, dia juga sering menggayakan imejnya mengikut suhu cuaca negara. Tidaklah nanti, baju bukan main tebal lagi, tetapi kena duduk di bawah matahari yang terik! Oh no! Mandi peluhlah tajuknya...!!