Itu antara perkara pertama yang menarik perhatian ketika penyanyi popular 90-an iaitu Hasnol memasuki ruang sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Tinggallah dan Kasih Abah baru-baru.
Cermin mata berbentuk bulat sinonim dengan penyanyi lagu Laguku Untukmu itu sesuai dengan gayanya dan memperlihatkan sentuhan klasik dan ada Stail!
Tampil dengan pakaian serba hitam pada petang itu, Hasnol memberitahu dia selesa dengan imejnya itu dengan memberikan sedikit suntikan segar terutama pada gaya rambutnya yang dibiar panjang dibahagian depan.
Malah kata Hasnol, dia kini lebih cenderung memilih pakaian longgar dan bermotifkan nusantara dengan fabrik bersesuaian sebagai pilihan utamanya.
"Pakaian longgar cukup kena dengan selera fesyen saya buat masa ini dan akan kekal imej berkenaan buat masa ini," jelasnya.