Sebab itulah ramai lelaki takut hendak menggayakan baju 'bunga-bunga' jika menghadiri majlis tertentu terutamanya melibatkan acara formal.
Tapi jangan tak percaya! Kelibat pelawak Kuah Jenhan yang hadir ke sidang media Secretaries Week @ PICC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin lalu dengan tali leher bercorak bunga mencuri perhatian kami.
Mata terus tertumpu kepada tali leher jejaka kacak berketurunan Cina itu ketika dia melewati dewan utama semasa mengiringi penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.
Tapi tali lehernya tetap mencuri perhatian. Staillah bro!
Tambah Jenhan, pada kebiasaannya dia bukan seorang yang terlalu formal dalam berpakaian namun sentiasa menjaga etika pemakaian terutamanya apabila hadir ke majlis formal.
"Malah apabila saya melakukan stand up comedy di pentas saya selesa dengan pemakaian formal dan pada hari-hari biasa saya turut mempunyai stail tersendiri," ujarnya.
Hmm... lepas tengok Stail! Jenhan, rasanya nak cari satu tali leher bunga-bunga jugaklah!