WOW... kami berjaya teropong sandal yang dipakai oleh jelitawan Rozita Che Wan. Warna keemasannya cukup menarik. Kalau nak tahu... ia sandal hadiah hantaran perkahwinannya yang lalu. Meletop! Tak berkelip mata penulis melihat imej pelakon Rozita, 41, yang tetap bergaya sakan ketika hadir ke sidang media tergempar yang diadakannya di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu. Biarpun sedang hamil tiga bulan, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta tampil menawan menyerlahkan seri ibu wanita mengandung pada petang itu. Bersinar-sinar mata penulis apabila terpandang sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilaian emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti. Katanya ia adalah hadiah hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu. Rozita memadankan baju rekaan Kudin dengan sandal Gueseppe Zanoti pada petang itu. "Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan. Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi. "Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya. Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu. Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu. "Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.