HAA! Siapa tidak kenal Karl Shafek, lelaki yang penuh bergaya dengan fesyen-fesyen terkini! Bertemu dengan pelakon dan pengacara itu di majlis Hari Mamee yang berlangsung pada 6 Mei lalu di Restoran Rebung Bangsar, Kuala Lumpur, Karl berkata dia tampil dengan imej smart kasual. Tetapi tersalah pilih gaya pula apabila majlis tersebut diadakan di luar di mana ketika itu cuaca sangat panas dan Karl pula memakai dua lapis baju! "Berpeluh pula dibuatnya sebab saya pakai dua lapis baju. Tak sangka pula cuaca hari ini boleh tahan panas," selorohnya ketika bercerita mengenai gaya penampilannya pada majlis itu. Karl pada majlis Hari Mamee menggayakan kemeja hitam beserta tali leher dipadankan dengan baju merah di luar membuatkan lelaki itu cukup segak bergaya dalam konsep kasual. Walaupun begitu, Karl tetap ada stail...! dengan gaya tersendiri tau. Langsung tak ikut gaya Wak Doyok seperti yang diperkatakan segelintir pihak. Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, memberitahu, seluar denim hitam sudah lama dibeli sehingga lusuh jadinya. Tetapi ia tetap menjadi pilihan Karl untuk digayakan ke mana-mana sahaja. "Seluar denim ini adalah koleksi saya sendiri dan merupakan seluar kegemaran saya kerana potongannya yang sangat selesa. "Saya ini, kalau dah suka satu-stau baju itu, saya akan pakai dengan kerap," ujarnya. Dalam pada itu, Shafek berkata, cermin mata yang dipakai jenama YSL itu pula dibeli di Singapura beberapa tahun lalu dan ia merupakan antara cermin mata kegemaran kerana bingkai yang besar dan mudah untuk pandangannya yang mempunyai masalah rabun jauh. "Saya suka cermin mata yang berbingkai besar. Tambah pula gaya bingkai besar di zaman ini sangat in. Setakat ini ia merupakan antara aksesori yang kerap saya pakai," tuturnya .