suria

Jaket Labuh Natasha Hudson Dari AS

Natasha Hudson tampil bergaya pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online. Foto IZZRAFIQ ALIAS.

BUKAN main melaram aktres Natasha Hudson ketika menghadiri pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley pada 17 April lalu.

Hadir dengan jaket labuh dari warna tanah yang cukup stail, Natasha melengkapkan gaya pada petang itu dengan memadankan fesyennya apabila tampil dengan seluar berwarna putih dan blaus rona hitam.

Tas tangan jenama Chanel dari rona coklat dan aksesori ringkasi memberikan nilai mewah kepada gayanya pada petang itu.

Namun bagusnya mengenai Natasha, biarpun tampil bergaya, auratnya sebagai muslimah dijaga dengan baik tetapi masih kelihatan sofisikated!

Sempat berbual-bual dengan tuan empunya diri, Natasha memberitahu jaket yang digayakannya itu dihadiahkan oleh seorang kenalannya di Amerika Syarikat (AS) dan ia baharu sahaja tiba sehari sebelum acara tersebut.

Gaya Natasha yang ringkas namun sofisikated.

"Fesyen saya hari ini sebenarnya berkonsepkan 'ikut gaya hati'... Hahaha. Alhamdulillah seorang kenalan dari Amerika Syarikat yang juga menjual pakaian untuk muslimah di sana menghadiahkan saya jaket labuh ini dan saya amat sukakannya!

"Pakaian ini sebenarnya baharu sahaja tiba sehari sebelum majlis ini dan saya ambil peluang untuk gayakan pada majlis ini," katanya.

Tambah Natasha, jaket berkenaan sangat istimewa kerana ia turut mempunyai tudung yang disambung pada pakaian berkenaan selain ia mudah digayakan.

"Saya menyukai baju ini kerana selain dibuat daripada fabrik yang tidak panas dan selesa, ia sebenarnya turut disertakan dengan tudung yang bersambung pada jaket ini.

Well Natasha! Gaya anda memang vass!
Natasha Hudson, Stail!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain