suria

#MYCyberSALE Jualan Siber Anjuran Kerajaan Pertama Di Dunia

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood, Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua LINE Malaysia, Wind Koh dan Ketua Pegawai Operasi MDeC, Ng Wan Peng pada majlis pelancaran #MYCyberSALE di Kuala Lumpur. Foto BRIAN MOH / THE STAR

PETALING JAYA: Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia mempunyai jualan dalam talian yang dianjurkan oleh kerajaan iaitu #MyCyberSale yang menawarkan tawaran diskaun sehingga 90 peratus.

Jualan itu meliputi pelbagai barangan dari tiket penerbangan hingga ke fesyen, merupakan usaha terbaharu Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di bawah inisiatif Digital Malaysia.

Pembeli dalam talian akan berpeluang untuk memilih antara lebih 225,000 tawaran membabitkan 4,500 pedagang dari 29 September hingga 1 Oktober.

Antara peruncit yang mengambil bahagian adalah Groupon, AirAsia, Zalora, Lazada, Rakuten, Penerbangan Malaysia (MAS) dan Souq.

Pengumuman mengenai jualan itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood dalam satu taklimat media pada Rabu.

Para pembeli berpeluang untuk meninjau setiap tawaran di www.mycybersale.my apabila promosi jualan bermula.

Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronok (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara dalam talian di kalangan rakyat Malaysia.

Inisiatif ini mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan agensi-agensi berkaitan, serta disokong oleh pemain indistri termasuk Golden Screen Cinemas, Telekom Malaysia dan CIMB.

Souq, merupakan rakan niaga mStar dan Verve Commerce yang mengambil bahagian dalam jualan ini akan membawakan produk bergaya berkualiti tinggi untuk keperluan anda sebagai individu Muslim.

Sila dapatkan diskaun menarik dengan mengunjungi souq.mstar.com.my pada 29 September hingga 1 Oktober 2014.

Artikel Sebelum

Kaligrafi Kufi Medan Dakwah Cufica

Artikel Lain