KEPADA peminat filem aksi! 20th Century Fox, bakal memberikan hadiah bagi membolehkan 10 penonton bertuah bersama pasangan masing-masing (10 X 2 orang) menonton filem terbaharu Kingsman: The Secret Service sempena tayangan perdana pada 16 Februari depan. Ia akan ditayangkan pukul 9 malam. Bagi memenangi tiket ini, pastikan anda Like pada Facebook mStar Online dan jadilah orang pertama untuk menjawab soalan mudah dengan tepat. Soalan-soalan mudah itu akan disiarkan di Facebook mStar Online pada 2 Februari dan 3 Februari 2015 (9 malam – 9.30 malam). Salah satu adegan dalam Kingsman: The Secret Service. Filem ini dihasilkan berdasarkan komik terkenal arahan Matthew Vaughn yang sebelum ini turut mengarah filem Kick-Ass (2010) dan X-Men: First Class (2011). Kingsman: The Secret Service menceritakan kisah sebuah pertubuhan perisik yang merekrut kanak-kanak jalanan untuk diserapkan dalam program latihan agensi itu. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Februari 2015.