suria

Rancang Simpanan Persaraan Dengan Bijak

SKIM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan wajib bagi sektor swasta yang bertujuan untuk membantu ahlinya semasa menghadapi tempoh persaraan.

Namun, Malaysia sedang mengalami penuaan penduduk dan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini adalah 75 tahun.

Ini menyebabkan rakyat memerlukan simpanan persaraan yang lebih banyak untuk membiayai kos persaraan bagi tempoh lebih panjang.

Berdasarkan statistik KWSP, kira-kira 68 peratus ahlinya yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

Menurut KWSP, jika mengambil kira paras garis kemiskinan RM800 sebagai perbelanjaan bulanan, RM50,000 ini hanya bertahan selama lebih kurang lima tahun sahaja.

Tempoh persaraan pula dijangka adalah selama 20 tahun iaitu dari umur 55 tahun hingga ke 75 tahun.

Ini bermakna ramai daripada pesara yang tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan dengan selesa.

Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan wang sepanjang tempoh persaraan itu, KWSP mengadakan bengkel mengenai perancangan persaraan di seluruh negara.

Ia bertujuan untuk memberi nasihat mengenai bagaimana menguruskan simpanan KWSP agar wang ahlinya tahan lebih lama sepanjang usia tua mereka.

Ikuti temubual mStar Online bersama Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaluddin yang membicarakan mengenai kepentingan dalam mengurus simpanan persaraan anda dengan bijak.

KWSP, skim persaraan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan