Keistimewaan kopi PCC adalah apabila ia dihidangkan bersama pencuci mulut kek tiramisu dari Sumatera, cheese cake dari Costa Rica dan cheese cake Blueberry dari Euthiopia.
"Kopi yang kami sediakan pada suhu 70 dan 40 Celcius dengan aroma yang cukup menyelerakan," kata Yung duta kopi PCC.
Pilihan pencuci mulut dan kopi tersebut disediakan oleh chef PCC central, Ng Yoke Mun, yang mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam bidang masakan.
Antara keunikan PCC kopi Sumatera adalah apabila bijian kopinya dikisar dengan tekstur yang cukup halus serta kandungannya yang kurang berasid disamping ia mempunyai aroma buah-buahan.
Kami kemudiannya pula merasai American Baked cheese cake bersama-sama dengan kopi Costa Rica.
Ia juga turut didatangkan bersama dengan blueberry cheese cake.
Chef Ng berkata syarikat tersebut kini dalam percangan untuk menyediakan beberapa lagi set pencuci mulut bersama-sama dengan kopi istimewa keluaran kedai berkenaan.
PACIFIC COFFEE terletak di Lot GF-37 Paradigm Mall, Kelana Jaya, Petaling Jaya (Tel: 03-74923022). Waktu operasi: 10 pagi-10 malam, setiap hari.