PENGGEMAR ikan salmon pasti menyukai Restoran Zende di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur apabila mereka bakal mengadakan Festival Salmon sepanjang bulan ini. Walaupun hidangan salmon telah pun dipromosikan dalam menu restoran berkenaan namun ini merupakan kali pertama mereka memperkenalkan menu ikan salmon sepanjang bulan ini. "Pelanggan di hotel kami sangat menggemari apa jua menu berasaskan ikan yang kami perkenalkan," kata ketua chef Mohd Saad B. Othman, yang telah berkhidmat sebagai chef di restoran tersebut sejak 13 tahun lalu. "Menu ini dicipta khas untuk menarik minat pelancong asing kerana sudah pasti ramai yang akan berkunjung ke restoran tersebut sempena Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada bulan ini," katanya. Sajian pembuka selera dimulakan dengan hidangan Salmon Indulgence yang diperbuat daripada ikan salmon yang dibakar bersama kaviar, telur burung puyuh yang disaluti dengan salmon gravlax bersama dengan hirisan kentang hash brown. Dijual pada harga RM30, kombinasi salmon ini turut didatangkan bersama-sama dengan hirisan kentang hash brown. Poached Salmon on Creamy Clam Chowder satu hidangan yang cukup menyelerakan. Menu lain yang turut disediakan ialah, Poached Salmon on Creamy Clam Chowder (RM42). Ia disaluti dengan herba bawang butih dan mentega, sementara hirisan ikan salmonnya pula dihiasi dengan baby pak choy, baby carrots, hirisan halia yang digoreng. Chef Shaad berkata inspirasi untuk mencipta Salmon Trout Parcel bersama seafood (RM48) datang daripada sejenis Sushi Jepun, yang dikenali sebagai 'Temari'. 'Temari' diperbuat daripada nasi kepal yang disaluti dengan ikan salmon yang diasap, namun Chef Shaad mengubah suainya dengan menambah udang, kepah dan kerang, cendawan liar, keju kambing, hirisan bawang besar yang dicampur dengan sos safron. 'Grilled Salmon Trout on Pesto Potato' (RM48) dihidangkan dengan ketam, kacang soya hijau, cendawan 'shimeji'. Menu lain yang turut disediakan Pan Fried Salmon Cake yang disertakan bersama Stew Lentil (RM38) yang dibungkus bersama potongan sayur, bawang putih yang dipanggang, rempah kunyit dan salsa buah-buahan. Chef Saad yang mempunyai kepakaran dalam masakan Melayu, telah mengolah beberapa menu dengan elemen tempatan dalam dua menu terakhir di restoran berkenaan. Salmon Fish Head with Lady's Fingers (RM32) disediakan bersama dengan nasi yang dikukus, acar serta papadom dan dihidangkan di atas daun pisang. "Hidangan seperti ini adalah bagi menarik minat pengunjung yang menggemari makanan tempatan. Saya juga telah mengolah karinya dengan menjadikannya lebih pekat dan kurang berempah," kata chef Saad. Menu terakhir ialah, Salmon Fillet Portuguese (RM42) yang telah diperap dengan filet ikan salmon, nasi pulut kunyit, pucuk asparagus serta belacan. "Banyak masa yang digunakan untuk mereka cipta serta menyediakan masakan seperti ini kerana ikannya perlu diperap selama sehari bagi memastikan ia rempah ratus serta aroma limau purut meresap ke dalam hidangan tersebut," katanya. Chef Saad berkata hidangan tersebut merupakan hidangan peribadi yang paling digemarinya, terutamanya dengan keunikan kaedah perapan yang digunakan dalam menyediakan sajian tersebut. Menu Ikan Salmon ini akan bermula pada hari ini hingga 30 April, bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 11 malam. Restoran Zende, Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur. (03-40494351/emel:[email protected]) waktu perniagaan: 6.30 pagi hingga 1 pagi, dibuka setiap hari.