Majoriti pekerja di The Grumpy Cyclist adalah peminat sukan berbasikal, mereka menjadikan restoran tersebut sebagi medan bertukar pendapat dan berkongsi tips terutamanya setiap hari Khamis pada pukul 8.30 malam dan peminat baru dialu-alukan menyertai kumpulan berkenaan.
Apa yang menariknya, anda tidak perlu bimbang dengan rasa tidak selesa badan apabila boleh mandi di sini.
"Jika anda mahu mandi, silakan! Anda tidak perlu menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan berbasikal untuk menggunakan bilik mandi di sini. Kami memberi kelonggaran kepada setiap pelanggan," kata Liew.
Selain daripada elemen basikal yang terdapat di restoran ini, matlamat utama pemilik restoran ini adalah menyediakan, kopi pada harga yang berpatutan antara RM5 hingga RM13.
Ketua kumpulan berbasikal Barista, Ryan Moon, 20 berkata, kelainan kopi yang terdapat di kedai ini terletak kepada keistimewaan aroma biji kopinya yang berbeza dan menarik.
Dalam penyediaan makanannya pula, terdapat pelbagai menu yang disediakan bermula daripada sajian sarapan seperti set, pancake, spageti, ayam berempah, bakon daging yang dibungkus yang berharga antara RM12 hingga RM20.
Restoran ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 8.30 malam sementara pada hujung minggu hingga pukul 4 petang hingga 4.30 petang.
Anda sudah pasti tidak akan melupakan peluang untuk mencuba pencuci mulut yang terdapat di restoran ini, dengan harga yang cukup berpatutan iaitu RM8 hingga RM10. Antaranya pilihan pencuci mulut yang popular ialah, kek Red Velvet, Rouge.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Grumpy Cyclist, anda boleh melayari laman web, thegrumpycyclist.com.