PASTINYA setiap rumah akan ada bekalan kurma untuk sememangnya disunatkan berbuka dengan tamar yang penuh khasiat itu.
Bahannya:
1/2 kg daging
buah kurma/buah prun secukup rasa
Kicap lemak manis secukup rasa
1 bawang besar (dimayang)
2 tangkai daun kari
2 tangkai daun bawang (dipotong panjang)
Caranya:
Rebus daging, cili giling, kicap, buah kurma dan prun hingga daging masak. Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan daun kari. Goreng bawang hingga kekuningan kemudian masukkan ke periuk berisi campuran daging tadi, perisakan dengan garam, gula dan daun bawang.