RAMADAN ini mungkin menjadi yang pertama buat anak-anak mula berpuasa. Bagi ibu bapa pula, hidangan menyelerakan menjadi tarikan untuk memastikan anak mereka terus bertahan selama sebulan.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih2 sm halia muda
3 biji telur
Separuh cawan ikan bilis - direbus
Separuh cawan tulang ayam - direbus
Sedikit daun bawang dan daun sup.
Garam dan lada secukup rasa
Caranya:
Rebuskan ikan bilis dengan tulang ayam untuk dijadikan stok. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan halia muda yang dihiris halus. Kemudian masukkan stok ikan bilis dan ayam. Bila mendidih, masukkan telur dan kacau segera.Perisakan dengan garam dan lada secukupnya.Akhir sekali taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus.