MENAMBAT hati anak-anak yang melalui pengalaman berpuasa adalah sesuatu yang sukar terutama kerana penat berlapar dan menahan dahaga. Mungkin pelbagai karenah itu akan lenyap jika mereka tahu si ibu sedang menyediakan hidang kegemaran, ayam goreng ala kampung yang menyelerakan. Bahan-bahan: Potongan ayam garam / perasa 2 batang serai - dititik minyak Bahan tumbuk: 5 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 1 sudu teh ketumbar biji buah keras (ditumbuk) 3 sm halia 3 sm kunyit hidup Cara: 1. Perap daging ayam bersama semua bahan di atas kecuali minyak selama 1/2 jam. Kemudian digoreng dengan minyak yang banyak sehingga masak. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.