Jika bosan menikmati makanan itu dengan cara biasa, apa kata cuba resipi S'mores yang boleh dijadikan menu bersahur untuk diri sendiri mahupun anak-anak anda.
S'mores adalah makanan ringan yang popular di Amerika.
- Pencuci mulut oleh SHAQIRAH KAMAL
Bahan-bahan:
- 2 keping biskut
- 2 sudu teh salut coklat kacang hazel
- 5 keping marshmallow
Cara-cara:
- Sapukan salut coklat kacang hazel di atas sekeping biskut.
- Kemudian susun marshmallow di atas biskut tadi (dengan salut coklat kacang hazel).
- Panaskan gelombang mikro selama 15 hingga 20 saat atau sehingga marshmallow cair sedikit.
- Letakkan sekeping biskut di atas marshmallow yang telah cair tadi dan tekan sedikit sebelum dihidangkan.