KHASIAT masakan yang dikukus memang tidak dapat disangkal, lebih-lebih lagi kerana tidak menggunakan minyak atau santan. Pada bulan puasa ini pastinya dengan perut kosong berjam-jam lamanya, sebaiknya dihidangkan dengan menu berbuka yang baik untuk kesihatan. Jadi, siakap kukus elok dijadikan antara juadah untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan belah dua) 3 sudu besar sos tiram 1 sudu gula 4 sm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 2 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang 3 helai daun limau purut (kalau ada) 4 biji cili padi/ 2 biji cili merah dimayang 1/2 biji limau nipis/3 biji asam boi garam secukup rasa Cara memasak: 1. Cuci ikan dan lumur garam dan gula 2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 4. Kukus selama 10minit (hingga masak). Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.