PETALING JAYA: Ramadan datang lagi. Pastinya selain masjid dan surau yang menjadi lokasi utama dituju setiap hari, bazar Ramadan juga menarik perhatian ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Selama sebulan, umat Islam diberi ruang untuk mengerjakan ibadah berpuasa dengan mencari keberkatannya, termasuk tidak membazir ketika berbelanja. Peluang menambah pendapatan dalam kalangan peniaga pula tidak seharusnya keterlaluan jika mahu mengejar pahala di bulan mulia ini. Rata-rata membeli lauk pauk dan kuih muih di bazar Ramadan bagaikan budaya terutama bagi yang bekerja untuk menjimatkan masa, selain mengubat rindu terutama jika ada juadah yang menjadi menu pilihan setiap kali menjelang bulan mulia ini. Kebanyakan bazar dibuka seawal jam 3 petang dan berakhir selepas umat Islam berbuka puasa pada waktu Maghrib. Bagi penghuni bandar, terdapat beberapa bazar Ramadan yang diminati ramai, antaranya seperti Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur di mana lokasinya adalah sepanjang Jalan Masjid India and Lorong Tuanku Abdul Rahman. Di bazar ini, pengunjung boleh mendapatkan apa sahaja yang diinginkan, sesuai sebagai antara bazar Ramadan terbesar di Lembah Klang. Selain lauk, pengunjung juga dapat memilih pelbagai jenis kuih dan minuman, selain keperluan Aidilfitri lain. Kampung Baru, Kuala Lumpur - Lokasi: Jalan Raja Alang. Juadah Popular: Kepak Ayam Panggang dan Kebab, air tebu segar dan kuih tradisional terutama Putu Bambu. Juga tidak ketinggalan bubur lambuk di Masjid Kampung Baru. Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur - Lokasi: Jalan Tun Mohd Fuad 2 & 3, TTDI. Juadah Popular: Popiah sama ada yang asli atau digoreng. Gerai 'Popiah Power' sentiasa menjadi tumpuan ramai, bermakna siapa cepat dia dapat. Selain itu, ada juga Biryani Johor and Pulut Panggang yang enak. Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam - Lokasi: Persiaran Sukan Seksyen 13 Juadah Popular: Ayam percik dan murtabak kambing. SS18 Subang Jaya - Lokasi: Jalan SS18/4 – SS18/6. Juadah Popular: Ramai gemarkan Murtabak Lasagna dengan lapisan inti daging atau ayam yang enak. USJ4, Subang Jaya - Lokasi: Jalan USJ4/5. Juadah Popular: Penggemar masakan Cina Muslim dan Jepun pasti tidak akan ketinggalan untuk mengunjungi bazar ini kerana ia terkenal dengan hidangan udon dengan tempura, ayam claypot and kentang bakar. Section 14 Petaling Jaya - Lokasi: Along Jalan 14/26 and Jalan 14/28. Juadah Popular: Sup Gearbox yang dijual pada harga berpatutan, selain Briyani Kambing, ikan bakar dan tepung pelita. Section 17 Petaling Jaya - Lokasi: Jalan 17/1A. Juadah Popular: Menu berasaskan nasi seperti Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Kerabu dan lauk pauk seperti ikan sumbat, paceri nanas menjadi rebutan ramai. Wangsa Maju, Kuala Lumpur - Lokasi: Jalan 3/27A, Section 1. Juadah Popular: Biryani Penang, ayam tempayan, Rojak Singapura dan Roti John. Bangsar - Lokasi: Bersebelahan Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Juadah Popular: Air Katira yang sememangnya digemari ramai terutama warga Johor.