suria

Juadah Tradisional Melayu Di JW Marriott KL

APABILA teringat juadah tradisional masakan Melayu pasti akan terlintas di fikiran kita tentang masak lemak atau masak rendang.

Itulah yg cuba ditampilkan JW Marriott Kuala Lumpur pada promosi bufet Ramadan kali ini.

Dengan berkongsepkan gerai desa sambil dihiasi lampu berwarna-warni pastinya menjanjikan suasana berbuka yang ceria dan tenang.

Malah pengunjung boleh memilih untuk berbuka di dua lokasi iaitu sama ada di tepi kolam renang yang terletak di tingkat enam atau Pusat Konvensyen Starhill di tingkat empat hotel tersebut.

JW Marriott KL menawarkan 130 sajian tradisional pelbagai negeri yang hampir keseluruhan hidangannya terdiri daripada masakan Melayu untuk dinikmati seisi keluarga.

Antara hidangan yang popular di sini adalah Rebung Masak Lemak Cili Api, Ikan Tenggiri Goreng Berlada, Terung Berlada dan Rendang Kerang.

Malah hidangan utama yang menjadi menu signature chef di sini yang wajib dicuba adalah Daging Salai Masak Lemak dengan Bachang, Sambal Udang Petai dan Tongkeng Ayam Goreng Cili.

Terdapat juga sajian pembuka selera seperti gado-gado dengan kuah kacang, pelbagai jenis kerabu dan acar.

Apabila selesai menikmati hidangan utama, sajian pencuci mulut yang segar seperti Puding Roti, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan Kuih Ketayap boleh dirasai untuk melengkapkan juadah berbuka puasa anda.

Promosi bufet di JW Marriott KL berharga RM75 untuk dewasa bagi yang ingin berbuka puasa di Pusat Konvensyen Starhill atau RM85 di tepi kolam renang hotel ini.

Bufet ini disediakan dari pukul 6 petang hingga 10 malam bermula 28 Jun hingga 28 Julai ini.


Ramadan, JW Marriott KL

Artikel Sebelum

Air Katira

Artikel Berikut

Artikel Lain