Bahan-bahan:
1 bawang besar
½ biji timun (dihiris halus)
1 bunga kantan (dihiris halus)
200 gm daging, direbus
Bahan sambal:
4 biji cili merah5 biji cili padi
1 sm belacan
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa
Caranya:
Potong berbaji nipis tomato dan bawang besar. Timun dipotong keping dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus. Daging yang direbus dipotong nipis. Cili merah, cili padi dan belacan ditumbuk atau kisar. Semua bahan digaul sebelum dimasukkan gula, garam dan jus limau nipis.