KEISTIMEWAAN air katira adalah ia hanya dijual pada bulan puasa dan tahukah anda, amalan itu kerana pemilik asal resipi minuman itu dari Johor mewasiatkannya sedemikian. Minuman ini kini semakin diminati bukan sahaja dalam kalangan rakyat negara ini, malah juga di negara jiran. Bagi yang ingin mencuba sendiri resipi warisan negeri di selatan tanahair ini, mStar Online memaparkannya untuk anda. Air Katira Bahan: Penyediaan awal: Membuat Sirap - Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Masukkan 2 helai daun pandan, hingga larut gulanya. 1 sudu besar katira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak dan ditapis. 10 buah kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air dan ditapis. 1 sudu besar biji selasih - direndam dalam air hingga ia mengembang, kemudian ditapis. 1 tin susu cair 1 cawan sirap 7 cawan air 1 sudu teh air mawar Caranya: Dalam sebuah bekas air yang besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih.Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Semua bahan dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.