IKAN keli kini mudah dibeli di mana sahaja berbanding dulu. Lebih menyelerakan jika disalai atau digoreng garing. Mungkin agak sukar menyiangnya tetapi enak dimakan apabila siap dimasak, termasuk jika dimasak berlada. Tentu sekali menyelerakan dibulan mulia ini. Bahan-bahan: 4 ekor ikan keli 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 4 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk Asam keping secukup rasa sedikit garam dan gula secukup rasa Caranya: 1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 2. Minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk, bila garing masukkan cili merah yang dikisar, asam keping, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 3. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.