Jika dulu mungkin ada yang baharu pertama kali mendengar makanan yang popular di Tawau, Sabah ini.
Tapi kini tidak lagi kerana ia menjadi sebutan dalam kalangan penggemar pisang goreng.
Jika anda berhasrat untuk menyediakan pisang goreng keju sebagai hidangan pencuci mulut, cubalah resipi ini.
Bahan-bahan:
Pisang
Tepung gandum
Tepung beras
Sebiji telur
Satu sudu butter
Secubit garam
Serbuk kunyit
Minyak masak
Air
Garam
Bahan-bahan untuk sos (topping)
Keju cheddar (diparut)
1 sudu besar susu pekat manis
Satu sudu besar butter
Cara membuatnya:
Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.
Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis.
Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan keju cheddar. Sedia untuk dihidang.