Sajian salad juga dikatakan mampu membangkitkan selera anak terutamanya selepas seharian berpuasa.
Apa kata cuba resipi salad kentang yang menyelerakan ini.
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang (potong, rebus dan buang kulit)
1 labu bawang besar (cincang)
30 gram daun bawang (potong halus)
1 liter mayonis
Cara membuatnya:
Gaulkan ubi kentang bersama bawang besar, daun bawang, sedikit garam dan mayonis sehingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk seketika. Sedia dihidangkan.