Namun, ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.
Untuk membangkitkan selera terhadap sayur ini, apa kata cuba resipi bendi goreng telur yang pastinya lazat dinikmati semasa berbuka puasa.
Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Serbuk perasa
Bahan kisar
3 cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan bendi dan dikacau.
Masukkan garam dan perasa. Kemudian curahkan telur disekeliling bendi tadi.
Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan seketika sehingga agak kering.
Angkat dan sedia dihidangkan.