Apa kata kali ini kita cuba menyediakan pengat ubi kayu yang mudah dan cepat disiapkan sebagai pembuka selera di bulan puasa ini.
Pengat Ubi Kayu
Bahan:
600 gm ubi kayu
3 keping gula melaka - dipotong kecil
2 gelas air sejuk
2 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
Cara:
Ubi kayu dibersihkan dan direbus hingga empuk.asukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan ke dalam ubi yang direbus. Apabila sudah pekat, sebatikan dan boleh diangkat.