Apa salahnya sekali sekala, cuba resipi ini memandangkan sekarang musim durian.
Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
Sagu mata ikan
4 - 5 ulas durian
garam
Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak beberapa minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Basuh dan rebus sampai empuk.
Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api perlahan.
Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.
Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk
Masukkan sagu mata ikan.
Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.
Kemudian masukkan pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.
Rasa kemanisan dan angkat. Sedia dihidangkan.