Kebiasaannya, popia basah dan popia goreng sentiasa menjadi pilihan ramai.
Namun bagi anda yang ingin kelainan, apa kata cuba resipi popia maggi yang serba ringkas ini untuk melengkapkan menu hidangan anda seisi keluarga.
Bahan-bahan:
1 paket mi maggi
Sebiji telurKarot - dipotong nipis
Kobis - dihiris halus1 biji cili padi - dihiris halus
1 ulas bawang merah - didadu1 ulas bawang putih - didadu
Secubit garam
Kulit popia
Cara membuatnya:
Rebuskan mi maggi (tanpa perencah). Toskan sehingga kering
Masukkan ke dalam mangkuk. Buka perencah maggi kari tersebut
Tuangkan perencah ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dipotong dadu bersama dengan cili yang dipotong tadi.
Apabila dah naik bau, masukkan karot dan kubis, taburkan sedikit garam.
Goreng seketika kemudian angkat. Tuangkan sayur-sayuran tersebut ke atas maggi.
Kemudian gorengkan telur. Kacau telur semasa menggoreng supaya telur tadi pecah. Taburkan telur yang digoreng tadi di atas maggi.
Satukan semua bahan-bahan untuk dijadikan inti di dalam mangkuk dan gaulkan.
Ambil kulit popia dan letakkan bahan-bahan inti kemudian gulung dan goreng.
Sedia untuk dihidangkan.