IKAN keli biasanya digoreng dan ia sudah cukup menyelerakan walau dimasak seringkas itu. Bagi yang ingin menyediakan hidangan yang lebih menarik, boleh juga disalai keli itu dan digulai bersama belimbing buluh. Gulai Ikan Keli Salai Belimbing Bahan: 1 kg ikan keli - disalai 10 biji belimbing buluh 20 biji cili padi 4 biji bawang merah 2 sm kunyit basah 2 keping asam gelugor 2 batang serai - dititik 750 ml santan garam dan gula secukupnya Cara: Masukkan ikan, bahan dikisar dan santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih sambil mengacau supaya minyak tidak pecah. Kemudian masukkan belimbing, asam gelugor dan garam. Kacau seketika dan boleh diangkat.