suria

Kuih Talam Ubi Kayu

Kuih Talam Ubi Kayu
MENU tradisional sering diimbau ketika bulan puasa. Malahan, masing-masing akan membandingkan suasana ketika zaman kanak-kanak dahulu berbanding apa yang dilalui anak-anak sekarang.


Menyediakan kuih 'lama' juga dinantikan kerana rasanya yang enak seperti kuih talam.


Kuih Talam Ubi Kayu

Bahan:
600 gm ubi kayu
1 biji kelapa parut
sedikit gula merah
sedikit gula pasir
1/2 cawan tepung gandum

Cara:
Ubi kayu diparut , diperah buang airnya.Kelapa diambil santan untuk membancuh adunan. Bancuh ubi dengan santan cair, gula merah dan gula putih, masukkan ke dalam loyang dan kukus.
Sementara itu, bancuh bahagian kepalanya iaitu dua cawan santan pekat, Campurkan sedikit tepung gandum dan garam. Apabila adunan ubi sudah masak, tuangkan adunan kelapa ke atasnya, kemudian kukus semula hingga masak.
Kuih Talam Ubi Kayu

Artikel Sebelum

Kuih Keria Keledek

Artikel Lain