KINI ikan air tawar tidak hanya ada di kampung, malah pasarannya makin meluas dengan pembukaan pasar tani. Langkah ini juga membolehkan penduduk bandar menikmati keenakan pelbagai jenis ikan air tawar. Jika tidak mahu digoreng atau digulai lemak, apa kata dikukus pula. Ikan Talapia Kukus Halia Bahan: 1 ekor ikan talapia 100 gram halia - dihiris panjang 50 gram lobak merah - dihiris panjang 10 gm bawang merah 5 gm bawang putih 1 sudu besar tepung serbaguna 1 biji limau nipis Cara: Ikan dibersihkan dan tepung serbaguna dilumur pada ikan. Masukkan ikan dalam periuk kukus dan taburkan halia, lobak merah , bawang dan perahah limau nipis atas ikan. Kukus selama 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.