Bukan itu sahaja, Nazira Zahal Arif, turut menjual minuman yang lain daripada lain.
Menjual minuman yang istimewa yang dipanggil 'I Miss You'. Minuman ini diperbuat daripada limau citrus, laici, dan nata de coco.
"Saya berharap pelanggan akan 'merindui' minuman ini sebaik sahaja mereka cubanya," katanya.
Selain itu, terdapat juga sebuah gerai yang menjual kambing panggang. M. Farid Fazlee yang ditemui ketika dia sedang sibuk memanggang daging kambingnya di atas arang.
Secara purata, dia menjual seekor kambing dan pelanggan tetapnya akan kembali ke gerai beliau.
Istimewanya di bazar ini, terdapat peniaga lama dan baru seperti Nordin Mohd Noor, yang menjual nasi tomato, nasi lemak dan ayam goreng yang mana dia telah berniaga di bazar berkenaan selama lima tahun.
Ada juga peniaga yang menjual cendawan goreng. Menurut pembantu gerai, Ismail Tanggali, 26, antara perisa yang popular ialah, keju, selain barbeku, pedas, black pepper, ayam dan kari.
Seorang lagi peniaga, Fandi Idris, yang berasal dari Putatan, Sabah berkata dia telah menjual ayam panggang, pedal dan hati ayam sejak 10 tahun lalu di pasar tani.
Terdapat juga beberapa peniaga yang menjual tepung pelita dan salah seorang pelanggannya ialah Nor Zizan Abdul Rahman, 46.
"Selalunya saya memasak di rumah. Saya akan membeli pencuci mulut sahaja di sini," katanya.
Antara menu lain yang dijual di bazar ini ialah, roti John, murtabak, satay dan pelbagai kuih-muih.
Pada masa yang sama, terdapat juga pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dilihat meronda di kawasan bazar untuk menyemak lesen bagi memastikan peniaga mengikut peraturan.
Jika anda ingin berkunjung ke bazar ini, pastikan anda pergi sebelum pukul 6 petang jika tidak anda akan terperangkap dalam kesesakan.