Penyediaannya yang mudah juga menyebabkan ia sering menjadi menu pilihan jika ke kedai bersama ahli keluarga dan rakan.
Tomyam Makanan Laut
Bahan:
2 ekor ketam - potong 4
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
lengkuas s cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar sos ikan
2 camca serbuk udang cili
Garam dan gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan
Cara:
Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam, serai, lengkuas, cili api, sos ikan, serbuk udang cili, bawang besar dan daun limau purut. Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran. Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula, biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan