suria

Daging Sizzling

Daging Sizzling
MASAKAN yang disajikan panas dari dapur pasti menambat hati ramai, bagai ada di restoran walaupun sebenarnya ada dirumah. 

Biasanya hidangan sizzling disajikan sedemikian, dengan asap haba panas pinggan khas untuk menyiapkan hidangan itu sudah cukup menarik perhatian. Apa kata, kali ini kita bawa juadah itu ke dapur rumah kita.

Daging Sizzling

Bahan A:

500 gram daging dipotong nipis
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh tepung penaik
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung
1/2 teh minyak bijan
1/2 cawan air

Bahan B:

5 biji cili padi
1 inci halia
2 sudu makan sos HP
2 sudu makan sos A1
2 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh serbuk perasa
10 sudu makan air
3 sudu makan minyak masak


Cara:
Campurkan semua bahan A kemudian gaulkan selama 5 minit. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Asingkan.Tumis semua bahan B hingga wangi, kemudian selepas mendidih masukkan bahan A yang digoreng tadi dan gaul sehingga sebati. Sedia dihidangkan.

Daging Sizzling

Artikel Sebelum

Puding Jagung

Artikel Berikut

Nasi Sayur

Artikel Lain