Bagi yang tiba di saat akhir sebelum waktu berbuka, apa kata cuba resipi nasi sayur ini, selain baik untuk kesihatan, ia juga tidak akan memeningkan kepada
Nasi Sayur
Bahan:
Semangkuk nasi
2 sudu udang kering - ditumbuk
20 gram kubis
30 gram sos tiram
20 gram lobak merah
7 gram cili merah
20 gram kacang tanah - digoreng
15 gram daun bawang
garam
lada hitam
serbuk perasa
Cara:
Rebus kacang panjang dan lobak merah, toskan. Kacang tanah digoreng dan ketepikan. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.