suria

Masak Lemak Rebung Perut

Masak Lemak Rebung Perut
ADA yang tidak biasa dengan rebung kerana baunya yang dikatakan kurang menyenangkan.  Bagaimanapun, selepas dimasak lain pula jadinya, kerana hidangannya memang menyelerakan. 

Apa kata cuba sediakan resipi dibawah untuk menjamu keluarga atau tetamu di bulan mulia ini.


Masak Lemak Rebung Perut

Bahan:

1 kg rebung - direbus
500 gm perut - direbus
40 gm cili padi
100 gm bawang merah - dikisar
50 gm kunyit basah - dikisar
1 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
750 ml santan
garam secukup rasa

Cara:
Masukkan rebung, perut dan bahan dikisar, serai, daun kunyit dan santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kacau selalu supaya tidka pecah minyak. Kemudian masukkan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.


Masak Lemak Rebung Perut

Artikel Sebelum

Daging Sizzling

Artikel Lain