suria

Puding Jagung

Puding Jagung
MENYEDIAKAN puding sesuatu yang mudah, malah ia digemari kanak-kanak. Jadi, tentunya si ibu tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan juadah ini menjadi antara hidangan pencuci mulut di bulan Ramadan.


Apa kata kali ini, pembaca cuba sediakan puding jagung yang enak dan menyelerakan.



Puding Jagung

Bahan:
2 cawan tepung kastard
11/2 cawan gula pasir
1 tin jagung manis
2 gelas pati santan

Cara:
Campurkan tepung kastard, gula, jagung dan pati santan. Lepas itu dikacau hingga pekat dan berkilat atas api sederhana hingga sebati. Lepas itu angkat dan sejukkan di dalam loyang.

Puding Jagung

Artikel Sebelum

Sambal Hitam Ikan Bilis

Artikel Berikut

Artikel Lain