Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan.
'Sambal hitam' cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.
Jadi, apa kata cuba resipi ini sebagai hidangan pembuka selera untuk berbuka puasa.
Bahan-bahan:
200 gm ikan bilis – ditumbuk
2 biji bawang besar – ditumbuk
15 tangkai cili padi – ditumbuk
3 biji belimbing buluh – direbus dan ditumbuk
2 sm kunyit – ditumbuk
10 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
Bubuh garam secukup rasa.
Kacau bahan-bahan ini sehingga garing dan bertukar ke warna agak kehitaman.
Angkat dan boleh dihidangkan.