TIDAK ramai yang menggemari batang keladi, kecuali bagi yang biasa menikmati keenakannya terutama ketika dikampung. Anak muda zaman sekarang terutamanya memang tidak biasa dengan hidangan ini. Tetapi, sekali sekala apa kata kita sediakan juga juadah ini, tentu tambah menyelerakan jika dimakan dengan ikan pekasam. Batang Keladi Masak Asam Bahan: 1 ikat batang keladi 50 gm ikan bilis 15 tangkai cili kering - dikisar 8 tangkai daun kesum 1 gengam asam jawa - diambil airnya 1 helai daun kunyit 7 ulas bawang keci - dihiris dan digoreng garam secukupnya 1 mangkuk air Cara: Siang batang keladi dan celur. Masukkan air dalam periuk dan masukkan cili kisar bersama ikan bilis. Masukkan air asam jawa dan daun kesum, biarkan mendidih. Apabila bahan hampir masak, masukkan batang keladi yang dicelur bersama daun kunyit, masukkan garam secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan bawang goreng untuk menambah aroma.