suria

Udang Sambal Goreng Jawa

Sambal Udang Goreng Jawa
NASI panas dengan masakan berasaskan hasil laut biasanya akan menggamit selera sesiapa sahaja, ditambah pula dengan tempe dan tauhu yang menyelerakan.

Jadi, apa ditunggu lagi, cuba sediakan hidangan kegemaran masyarakat Jawa ini.


Udang Sambal Goreng Jawa


Bahan:
6 keping tempe - dipotog persegi
4 keping tahu - dipotong persegi
2 biji kentang
300 gm udang basah
20 gm suhun
sedikit kacang panjang
sedikit belacan

air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/4 kg santan
5 biji cili merah - hiris dan tumis
5 biji cili hijau - hiris dan tumis
3 biji bawang besar - hiris dan tumis

Bahan kisar:
100 gm cili kering - dibuang biji
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
50 gm lengkuas
1 batang serai - dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali, goreng tempe, tahu, kentang dan suhun. Angkat dan ketepikan. Tumis bahan yang dikisar, masukkan udang, belacan, asam jawa, santan, garam, gula dan semua gorengan tadi. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan bawan besar yang ditumis tadi. Kacau hingga rata dan biar hingga pekat sebelum diangkat dan dihidangkan.


Udang Sambal Goreng Jawa

Artikel Sebelum

Bubur Barli & Jagung

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan