PENCUCI mulut yang enak pasti meninggalkan memori untuk sesiapa saja selepas menikmati pelbagai hidangan utama di bulan Ramadan. Sesuai dengan cuaca panas kebelakangan ini, apa kata disediakan bubur dengan campuran barli dan jagung yang boleh dimakan panas atau sejuk. Bubur Barli & Jagung Bahan: 1 cawan barli 1 cawan jagung 1 cawan santan 2 cawan gula 1 cawan susu cair 3 helai daun pandan Cara: Didihkan air, kemudian masukkan barli dan jagung selama 30 minit. Masukkan santan, susu cair, gula dan daun pandan. Kacau hingga masak, angkat dan hidangkan.