Jadi, tidak salah untuk menyajikan hidangan makanan laut sekali sekala di bulan mulia ini.
Makanan Laut Masak Paprik
Bahan :
300gm campuran udang & sotong
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji bawang holland ~ dipotong
1/2 biji carrot ~ dihiris
3 batang kacang panjang ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa
Cara:
Masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sotong biar sehingga masak & kemudian masukkan pula udang masak sebentar saja. Tambahkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.Masukkan carrot & kacang panjang. Gaul rata, biar sayur masak. Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.Sedia dihidangkan