Ikan Goreng Kerabu Mangga
Bahan A:
1 ekor ikan kerapu/siakap
1 biji telur1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan serbuk perasa1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan lada sulah
Bahan B:
1 cawan tepung jagung
Bahan C:
1/2 cawan sos plum
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
Gula dan perasa secukup rasa
Bahan D: (dimayang)
1 biji mangga muda
1 biji cili merah
500 gm lobak merah
1 biji bawang besar
500 gm daun ketumbar
Cara:
Gaulkan ikan dengan bahan A hingga sebati. Kemudian lumur dengan bahan B hingga rata. Selepas itu goreng ikan hingga masak. Satukan bahan C dan D dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan yang digoreng dalam pinggan dna taburkan bahan C dan D yang digaul atas ikan. Sedia dihidangkan.