Sayur ini dikatakan mengandungi vitamin K yang sangat baik untuk membantu proses pembekuan darah.
Selain mudah didapati di pasar raya, sayur ini enak dimasak bersama ikan tenggiri jeruk.
Aroma masakannya juga mampu memikat hati sesiapa saja.
Kailan Ikan Masin
Bahan-bahan:
300 gm kailan
1 ekor ikan tenggiri jeruk
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 biji cili api
bahan perasa
sedikit sos tiram
sedikit sos ikan
minyak utk menggoreng
sedikit air
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Kecilkan api dan masukkan ikan tenggiri jeruk.
Masukkan sos tiram,sos ikan,bahan perasa,sedikit air.
Kemudian,besarkan api, masukkan kailan.
Goreng seketika jangan sampai kailan jadi kecut.
Siap untuk dihidangkan.