Keharuman bau daun pandan menaikkan selera semua lapisan umur terutama kanak kanak kerana aromanya yang wangi apabila dimasak.
Jika anda sukar menemui kuih ini dipasar Ramadan atau dimana mana gerai maka bolehlah anda mencuba sendiri dengan resipi ini.
Kuih Pandan Bakar
Bahan A:
2 biji telur ayam
1 1⁄2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan segar
4 helai daun pandan dikisar bersama secawan air (ditapis dan jadikan 1 cawan air)
Sedikit garam garam.
Sedikit pewarna hijau
Bahan B:
Satu sudu makan biji bijan yang telah digoreng mentah
Satu sudu kecil minyak masak
Cara:
Kisar semua bahan diatas kemudian tapis. Sapukan minyak masak dikeliling loyang atau bekas. Masukkan kedalam loyang atau bekas ( ikut kretiviti anda). Tabur biji bijan diatas sebelum dimasukkan ke dalam oven. Bakar dalam kepanasan suhu 160 ke 180 darjah. Dalam masa 20 minit hingga garing permukaan tepi dan siap untuk dihidangkan.