suria

Citarasa 1Malaysia Di De Palma Shah Alam

TAHUN ini, Hotel De Palma Shah Alam tampil dengan kelainan iaitu menyajikan menu 1Malaysia berkonsepkan ala bazar Ramadan.

Promosi bufet bertemakan 'Periuk & Belanga Masakan Melayu', hampir 150 sajian disediakan untuk pengunjung yang ingin berbuka selera dengan hidangan kampung.

Antaranya, Ikan Pari Masak Asam Pedas Rebus dan Bendi, Rendang Udang Galah dan Daun Kunyit, Pucuk Paku Masak Lemak, Sup daging lembu dan macam macam lagi.


Menariknya, anda juga berpeluang menikmati menu pengantin seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk dan Pajeri Nenas.

Untuk memeriahkan lagi suasana, pelamin yang cantik turut dipasang di atas pentas.

Kalau yang tak tahu pasti ingat ada majlis kahwin sedang berlangsung.

Paling istimewa, sebelum berbuka, tahlil ringkas diadakan oleh ustaz jemputan bagi mengisi waktu senggang sebelum Azan Magrib yang dilaungkan secara langsung di The Grand Ballroom.

Selepas waktu berbuka pun, anda akan diperdengarkan dengan alunan mengaji Al-Quran dan juga sedikit tazkirah oleh ustaz jemputan.

Sambil menjamu selera, anda boleh mendengar tazkirah di bulan mulia ini.


Jika ada yang mengidam ketupat palas dan juga rendang, anda boleh menikmatinya di hotel ini.

Selain rasanya yang enak, harga bufet yang ditawarkan juga berbaloi untuk wang anda.



Anda boleh membuat tempahan untuk seisi keluarga dengan hanya RM75 untuk dewasa manakala RM37.50 bagi kanak-kanak.

Untuk tempahan sila hubungi 03-55428080 sambungan 519.

De Palma Shah Alam

Artikel Sebelum

Kuih Bakar Pandan

Artikel Berikut

Talapia Berserai

Artikel Lain